Pages

Tuesday, March 29, 2011

bunga tulip!!!!!!!!!!!!!








lawa tak...
aq suke bunga tulip..
dulu tak suke tapi sejak kawan aq perkenalkan aq nan bunga tulip..
terus aq jatuh cinta dengan bunga tulip

Monday, March 28, 2011

CINTA!!!!!!!

ari nie,aq rase nak tulis pasal tajuk kat atas...ape maksud cinta?ade setengah orang kata,cinta itu indah..ade pendapat lain yg mengatakan cinta itu duri dan binasa..cinta boleh memakan diri sendiri..aq pun tak tahu same ade betul atau tidak..bagi aq cinta ade byk jenis..antaranye,cinta kepada Allah s.w.t..ramai orang sekarang selalu lupakan Allah s.w.t terutamanye remaja..remaja sekarang selalu lepak sana sini sehingga lalai untuk megerjakan perintah-Nya..ade yang keluar berjalan-jalan tapi tak solat..ape suda jadi dengan kita?adekah kita ingin menjadi orang yang dimurkai Allah..kita juga hendaklah cinta akan rukun iman..selain itu,cinta kepada ibubapa kita..jika kita mencintai ibubapa kita,kita janganlah menderhaka kepada ibubapa kita kerana ibu yang melahirkan kita dan bapa mencari nafkah untuk kita..kalolah kita menderhaka kepada ibubapa,nescayahidup kita tak akan aman..aq banyak tengok anak2 menderhaka kepada ibubapa dan hidup mereka selalu ditimpa musibah..alangkah baik kalo da buat salah kita minta maaf..tak ada ruginya kalo kita minta maaf..cinta kepada ilmu..kita hendaklah mencintai ilmu supaya kita mudah memahami..sayangi rakan-rakan anda...aq rase banyak lagi yang perlu kita cintai sebelum mencintai antara perempuan dengan lelaki dan sebaliknye..kita bole mencintai sesama manusia tetapi janganlah melebihi kita mencintai Allah..ade yang waktu sekolah rendah dan menengah suda 'bercouple' tapi ade faedah ker?dulu aq pun pernah tapi bila difikirkan balik,alangkah bodohnye sbb tak ade faedah...kalo ade faedah,lain la cite..cinta waktu sekolah rendah dan menengah adelah cinta monyet iaitu cinta yang tak bawa kemana-mana..adelah kawan satu sekolah aq nie..aq melihat die,aq berase sedih..aq gelarkan die 'A' dan pakwe die 'B'..A dan B nie da macam pasangan suami isteri..siap bila pergi sekolah B akan anta A untuk ke sekolah dahulu lepas tu baru B ke sekolah..dowg naik moto plak tu,korg mesti faham kalo da naik moto,dorg wat ape..lepas da sampai sekolah,siap la cium tangan berbagai sume..padahal bukan muhrim..kesian aq tengok die,nak kate die tak ade agama,ade tapi entah lah..(nie cinta yang berlandaskan nafsu semata-mata)..ade lagi satu cite..aq gelarkan dia nie  'C' dan 'D'..mereka nie bercinta tapi tak bercouple dan tidak pernah berpegangan tangan..kalo mereka keluar pun,mereka tak akan keluar berdua,mesti bertiga atau berkumpulan...tapi yang tak berape enak tu,dorg bercinta waktu masing-masing masih belajar..itula cinta..

*ingatlah cinta yang hakiki adelah cinta kepada Allah s.w.t dan cinta kepada ibubapa*
*cinta antara manusia tak kekal lame kerana hati manusia sentiasa berubah2..*

itulah cite aq..harap sesape yang bace,jgnlah salah anggap..ini adelah pendapatku sahaja..sorry lah kalo cite aq membosankan..hehehehe...

novel rekaanku..(hari yang mendatang)part 3

BAB 4
Selepas santapan,acara dimulakan semula.sedang aku tengah bercakap-cakap dengan maz,aku terasa ada orang di sebelah yang sedang menjaga pintu.. ‘mungkin senior ni tak nak orang keluar curi-curi kot’.aku pun pandang lah senior itu, ‘subbahanaallah’,aku mengerutkan muka.dengan keadaan yang terkejut,aku mencuit maz dan berbisik ‘maz,awak Nampak x lelaki kat sebelah saya nie?nie lah pemuda yang awak kata kacak tu’sambil menjeling kearah pemuda itu.pemuda itu memandang ira.ira terkejut lalu terus pandang ke depan.Sepanjang sesi orientasi,aku berasa tidak selesa.kenapalah mamat ni berdiri kat sini,kata aku di dalam hati..maz yang perasan perubahan aku,hanya tergelak kerana dia tak menyangka bahawa aku ini takut kepada pemuda itu..lelaki tu hanya memandang mereka sahaja.sedang aku dan maz bercakap,tiba-tiba ‘cik adik berdua sila berhenti bercakap,awak berdua nampakkan yang prof. tengah bercakap’..sambil membuat muka garang dan tanpa senyum.aku dan maz tergamam bila mendengar pemuda itu cakap macam tu,bukan main malu lagi kami,semua pandang kami.ada yang gelak bila kami kena tegur..muka aku suda merah padam,aku pandang muka pemuda itu sambil menjeling,terbatal niat aku untuk meminta maaf kepadanya.. ‘sabarlah ira,kita ni orang baru mestilah kena buli dengan senior’,kata maz kepada ira..ira hanya menganguk sahaja kerana dia tak dapat bercakap ketika sedang marah..aku tak dapat menumpukan perhatian apa yang diterangkan oleh prof. yasmin itu…aku perasan bahawa pemuda itu masih memandang aku…dua jam sudah berlalu,baru la tamat sesi orientasi.sepanjang orientasi aku tidak dapat menumpukan perhatian,ini semua gara-gara pemuda itu..aku keluar dari dewan dengan muka masam.maz perasan akan perubahan aku tetapi maz tak nak tegur aku takut aku marah pada dia pulak..kami berjalan kaki untuk pulang ke bilik kami..tiba-tiba ada sebuah motor hampir melanggar aku..aku tergamam,begitu juga dengan maz. ‘oii,ape ni hah!nak bunuh orang ke?’jerit maz yang kelihatan bengang.pemuda yang bernama zali tadi turun dari motor yang hampir melanggar aku. ‘awak,sorry la,saya tak sengaja.’sambil membuat muka bersalah..aku hanya memandang dengan pandangan kosong pada lelaki itu,baru aku perasan,lelaki itu la bernama zali yang ingin berkenalan itu..zali meminta maaf lagi sekali,aku memaafkan dia lalu aku mengajak maz balik ke hostel kerana aku perasan ramai yang memandang kearah kami termasuklah pemuda bermata coklat itu..aku menjadi tak tentu hala..aku menarik tangan maz untuk balik ke hostel tetapi ditahan oleh zali. ‘awak nak ape lagi,kan saya da maafkan awak’.aku mendengus marah pada zali..maz perasan aku sedang marah,terus dia diam. ‘saya bukan nak halang awak,tapi awak tak bagi lagi nombor phone awak’sambil tersengih.. ‘saya tak ada nombor phonelah,da lah saya nak balik,jom maz’..zali menghalang lagi. ‘awak nak ape lagi,awak ni tak faham bahasa ke?’..kali ni memang aku naik angin sebab zali tak habis-habis menghalang aku.. ‘baik awak balik zali,saya rasa sekarang masa tak sesuai untuk awak minta nombor syaira’.kata maz sambil memujuk zali agar beredar sebelum tahap kepanasan aku mencecah 100 darjah celcius.setelah beberapa kali dipujuk barulah zali beredar..aku mendengus ‘tak faham bahasa betul,sakit pulak hati ni’..sambil membuat muka masam..maz tergelak mendengar celoteh aku ‘awak ni,kalo marah lagi bertambah cantik lah..hahaha’. ‘mane ader maz nie,saje je wat ira malukan’sambil mencubit maz kemudian aku ketawa..
Gembira ati maz bila ira da boleh gelak semula..maz tahu ira tertekan sebab dari orientasi lagi ramai yang pandang mereka,maz juga turut rimas tapi nak wat macam mane,kecantikan ira x dapat di tutup.dia sendiri pun memuji kecantikan ira yang tak dapat dinafikan lagi.

Thursday, March 24, 2011

kesedihan..

'adik,bangun.da pukul bape nie?bangun...bangun...'kata ayahku..
aq pun dengan tak berapa rajin bangun dari tidur,kemudian mengambil handphone..eh,ade 2 sms..
dari kakakku..
'adik,kate dengan abah.akak tak dapat datang sebab bos akak suruh kerja pulak pagi nie'
dari abangku..
'adik,ckp dengan abah,selamat pergi dan balik.abg tak datang sebab abahkan da tak ade anak lelaki,abg mintak ampun kat abah'
setelah aq membaca mesej dari kakakku dan abgku,terus air hujan turun dengan lebatnye..
aq mengesat air hujan itu dan mencapai tuala untuk bersiram..
setelah segar selepas mandi.aq bersiap kerana jam menunjukkan pukul 9 pagi..
aq keluar dari bilik..
'adik,mari makan..'kata mak tiriku..
'ah,yer..jap..'jawabku..
kami semua bersantap..
setelah bersantap,kami bergerak pergi KLIA..
kami pergi dua buah kereta..pukul 11.45 pagi kami sampai ke KLIA..ayahku bersemangat untuk membuat umrah..hanya aq yang agak kuatir,kerana ayahku pergi tiada teman..hanya dengam rombongan yang tidak mengenali antara satu sama lain..
aq takut sesuatu terjadi kepadanye ketika berada di sana..cukup larh pada usia sekarang ini,aq suda tiada ibu..aq tak nak kehilangan ayahku pulak walaupun keluargaku berantakan...
ayahku diberi taklimat pada pukul 12.30 tengah hari tadi..setelah diberi taklimat..ayahku pergi solat dan aq berjumpa dangan kawan kakakku yang berkerja di KLIA..dulu kakakku yang kedua pernah berkerja di KLIA sebagai pramugari..
pada pukul 2 ptg,ayahku suda mahu berangkat..aq terase sedih sangat..
aq terasa seolah-olah aq akan kehilangan ayahku tapi minta di jauhkan..
aq tak nak bende itu terjadi..
setelah ayahku berangakat,aq terus menjadi senyap kerana aq tiba-tiba menjadi rindu pada ayahku walaupun baru beberapa detik ayahku meninggalkanku..
aq harus trabah..aq berkata kepada diri sendiri..ayahku hanya pergi umrah dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa..jadi aq harus menunggu ayahku di sini..




*hargailah ibu dan ayah anda agar kelak anda tidak menyesal*

Wednesday, March 23, 2011

novel rekaanku..(hari yang mendatang)part 2

BAB 3
Pihak Universiti mengadakan orientasi pelajar baru..semua pelajar senior akan mengendalikan kami.Aku dan maz sungguh gembira kerana impian kami tercapai..
Aku dan maz duduk berhampiran dengan pintu dewan utama.Sedang kami berbual-bual,aku perasan ada orang yang melihat kami.aku mencari-cari siapa yang melihat kami.tiba-tiba ‘Allahhuakbar’,aku terkejut.aku menjadi tidak selesa untuk berada di dalam dewan itu tapi malang,pelajar baru dilarang untuk keluar dari dewan itu.kenapa dia ada kat sini.aku bercakap di dalam hati.pemuda itu sedang berdiri di depan pentas seolah-olah menjadi bodyguard.Maz pelik kerana aku tiba-tiba terdiam dan wajahku menjadi pucat..maz bertanya, ‘ira,awak kenapa,awak tak sihat ke?’.‘saya tak apa-apa,awak jangan risau ye’balasku sambil tersenyum walaupun aku tahu senyuman itu tak ikhlas.Acara dijalankan seperti yang dirancangkan..aku melihat ramai junior dan senior lelaki memandangku,aku menjadi tidak selesa.Aku bertanya kepada maz ‘awak,kenapa mereka semua pandang saya,gerunlah saya’..maz tergelak apabila aku kata begitu.. ‘mereka pandang awak sebab awak nie cantik’di dalam hati maz bersyukur kerana mengenali ira yang peramah dan cantik,maz pun memuji kecantikan ira. ‘mane ada awak nie,saya pakai biasa jer,bukan saya dress-up lebih-lebih’sambil memandang dirinya yang hanya memakai baju T-shirt berwarna biru,seluar slack dan bertudung biru lembut.maz hanya tergelak,dia mengakui walaupun syaira hanya memakai baju t-shirt tetapi dia tetap anggun. ‘awak tu pakai apa pun tetap cantik’.kata maz.Muka ira sudah merah macam udang kena bakar.maz masih tergelak dengan gelagat syaira.apabila tiba waktu makan,aku dan maz pergi beratur mengambil makanan,setelah selesai mengambil makanan,kami duduk di tempat kami semula.tiba-tiba datang seorang pemuda mahu berkenalan dengan syaira,syaira hanya menjawab apa yang perlu sahaja kerana syaira sebenarnya tidak selesa berbual apabila tengah makan.maknya selalu nasihatkannya,jangan bercakap apabila tengah makan.maz perasan aku tidak selesa, ‘awak ni pelajar junior ke senior?’maz bertanya kepada pemuda yang bernama zali itu. ‘saya junior,awak berdua?’jawab zali. ‘kami juga junior,saya rasa baik awak duduk di tempat awak semula sebab saya rasa ramai yang memandang sini,nanti tak pasal-pasal nama kami yang tercemar,kononnye kami mengurat awak.kami tak suka di gossipkan,betul tak ira?’tanya maz kepada ira yang sedang mengelamun itu.ira terkejut,dengan cepat dia berkata ‘ya,betul tu’.ira tidak dapat menumpukan perhatian pada maz kerana dia perasan pemuda yang dilanggar tempoh hari masih memandang mereka.setelah mengucapkan selamat tinggal,zali pun beredar dari situ.
Maz bertanya kepada ira ‘awak ni kenapa??dari tadi saya nampak awak asyik mengelamun,kenapa?awak ada masalah ke?tak nak kongsi dengan saya?’. ‘tak ada apa-apa,cuma awak nampak pemuda yang berada berhampiran pentas itu,yang bermata coklat,rmbutnya pendek?’jawab ira sambil menunjukkan pemuda itu kepada maz. ‘nampak.kenapa dengan dia?tapi dia kacak lah.awak ni sempat lagi tilik lelaki tu kan’kata maz sambil tergelak.ira sudah membulatkan mata ‘mana ada,sebenarnya dari tadi saya perasan dia pandang sini.’aku menceritakan perjumpaan pertama aku dengan pemuda itu,setelah mendengar ceritaku,maz tergelak terbahak-bahak. ‘padan muka awak,sapa suruh awak marah dia,kan dia dah anti awak’. ‘saya tak sengaja,saya ingat nak minta maaf,nanti awak temankan saya ye’kata ira sambil menoleh ke arah pentas itu,tapi malang,pemuda itu sudah tiada.ira berasa lega kerana pemuda itu sudah tiada lagi.

camera and me

lawa tak...
aq suke gambar nie..
hehehehe...
camera n me..
heehehehe..

.......................

indah sungguh ari ini walaupun tak berapa indah..hahahahahaha....aq nak story sikit nie.
hari ini aq bangun dari tidur,aq berdebar-debar..malam tadi aq tak lena tidur kerana takut akan keputusan esok hari(hari ini)..sesudah aq bangun dari tidur,pada pukul 4 pagi,aq terus berendam dalam bilik air..kemudian aq mengerjakan solat isyak(maklum larh,semalam tertidur awal)sesudah mengerjakan solat isyak,aq mengerjakan solat tahajud dan hajat..kemudian aq berzikir agar aq mendapat keputusan yang cemerlang.selepas solat subuh dilakukan,aq bersiap-siap untuk ke sekolah(macam lah aq sekolah lagi nak pergi awal-awal)aq memilih untuk memakai baju kurung yang berwarna purple..purple adalah warna kegemaran aq..kemudian aq kenakan dengan tudung yang berwarna putih berbunga purple..
tut..cuit...sms...kawan mesej aq,mengatakan,die akan pergi pada pukul 10 pagi..jam menunjukkan bahawa baru pukul 9 pagi..
'aq pergi dengan ko larh'aq membalas balik..
'ok'kawan membalas balik..
aq mengemas rumah dahulu,kemudian mengosok tudung..
ketika sedang ralit membuat kerja,tetbe...
tok..tok..tok...
'astrafilullah al-azim'aq terkejut..
aq membuka pintu sambil memakai tudung..
'ko nie ann,terkejutkan aq jer..masuk la dulu'
'hahaha..sorry larh,aq ingatkan ko da siap..tak siap lagi rupanyer bidadari nie.cepat la gi siap,aq tunggu kat luar,kawan2 kita da tunggu kat bawah..'ann membebel..
'kate pukul 10'aq mengomel..
'eh,syg..sekarang da pukul 10.15,aq mesej ko,ko tak dapat ker?'sambil cekak pinggang..
'eh,yeke..jap..ko tunggu aq taw..
aq terus menuju ke bilik untuk memakai tudung a.k.a selendang yang baruku beli..
setelah sudah siap,aq dan kekawan terus ke sekolah dengan perasaan berdebar..
ketika kami sampai,mereka semua sedang beratur untuk mengambil result,ade yang menangis sebab gembira,ade yang sedih kerana tak capai ape yang di impikan..aq dan kekawan berdebar-debar..
sampai giliran aq..guru kelasku berkata..
'tahniah,ira'
'terima kasih cikgu..'
sesudah aq mengucapkan terima kasih,terus aq tengok resultku..
alangkah terkejutnye ape bila aq mendapat keputusan yang cemerlang,iaitu..
'straight A'..
syukur Alhamdulillah..aq mengucapkan syukur..tak sia-sia lah,aq belajar selama ini sambil mengarang novel walaupun tak siap-siap..
hahahahha...
kawan2ku pun mendapat result yg cemerlang..
kawanku yang lain mengucapkan tahniah..
rupa-rupanye,namaku dan kawan2 suda disebutkan tadi untuk naik ke atas pentas..
salahku kerana aq siap lambat,kalo tak mesti kawan2 ku dengan bangga naik ke atas pentas..
Alhamdulillah....









*ini adelah rekaan semata-mata sempena keluarnye result SPM 2010 pada hari ini...*

Tuesday, March 15, 2011

novel rekaanku..(hari yang mendatang)part 1

BAB 1

Angin sempoi-sempoi bahasa ketika aku sedang duduk berhampiran dengan tingkap,aku teringat sewaktu aku masih di tingkatan 4,aku ada kumpulan yg digelar mag’s 7 kerana kumpulan kami seramai tujuh orang iaitu ana,siti,lina,syida,huda,lia dan aku sendiri..setiap hari kami mempunyai aktiviti sendiri.
Masih terngiang-ngiang di telinga ku..
‘kalau kita dah habis sekolah,kita mesti berhubung walaubagaimanapun.’
Harapan hanya tinggal harapan sahaja..sudah enam bulan berlalu tapi keadaan tetap tak berubah..
sedang melihat adikku bermain guli walaupun fikiran menerawang
tiba-tiba…..
‘ira,ada orang mahu jumpa kamu’,jerit mak
‘siapa mak????’,jawabku.
‘kamu tengoklah sendiri’,jawab mak
Aku pun turun bawah untuk melihat siapa yg datang..
Sampai saje beranda,aku terkejut melihat ana datang
Dia sudah jauh berubah,bertambah cantik dan semakin bergaya..
‘assalammualaikum’,tegur ana
‘waalaikummussalam,ana lama dah tak jumpa kamu,
(sambil memeluk ana)Awak ape khabar sekarang??’ku bertanya..
Aku masih dalam keadaan terkejut walaupun tak seteruk tadi..
‘sudah lama kita tak berjumpa,rindu pada kamu semua..
kamu ape khabar??saya cari awak tapi mereka semua kata awak dah pindah.’
Kata ira pada ana..
‘Ha’ah..kami pun rindu kat kamu,
Kami semua sihat sahaja.lina,huda syida dapat masuk UM manakala
Siti dan saya dapat masuk UPSI dan lia dapat masuk UTM.bagaimana dengan awak ira??’
Tanya ana…
Syukur Alhamdulilah,semua dapat masuk universiti,saya dapat masuk UKM jer..
Ana menunjukkan gambar semua kawan aku..semua semakin cantik.aku gembira melihat mereka semua.Ana menceritakan kisah mereka semua kepadaku.aku tergelak-gelak mendengar cerita ana.Setelah beberapa jam kemudian.ana minta untuk pulang..
Kemudian aku naik ke bilik..aku duduk semula ke tingkap..
Semua sudah jauh berubah walaupun baru enam bulan aku tidak berjumpa dengan mereka.
                                         











                                                            
   BAB 2
Dua minggu kemudian,aku mula sesi yang pertama di kuliah..
Pada hari pendaftaran,aku bosan kerana tiada kawan untuk berbual.semua kawan-kawanku masuk universiti yang berlainan.ketika aku sedang memerhatikan orang lalu-lalang,Tiba-tiba aku ternampak seorang budak perempuan duduk di satu sudut sambil membaca komik..Aku berjalan menuju ke budak itu sambil menegur,
‘hai,assalammualaikum.boleh berkenalan?nama saya syaira,panggil ira’
Sambil berjabat tangan dengan dia..‘hai,waalaikumussalam,boleh aje.awak boleh panggil maz jer,duduklah’.Jawab maz sambil tersenyum..
Kami berbual-bual sehingga tergelak-gelak.Maz seorang yang periang walaupun kami baru berkenalan.Tiba-tiba….‘sila beratur kepada pelajar baru yang ingin melakukan pendaftaran’kata seorang wanita melalui interkom.‘Okeylah maz,saya beransur dulu,ibubapa saya ada di depan sana’Sambil menunjuk kepada ibuku yang sedang melambai-lambai.‘okey,harap kita berjumpa lagi’kata maz.
Aku tersenyum didalam hati.aku sudah mendapat seorang kawan di kampus ini.
‘ye mak,kenapa mak panggil ira tadi?’tanyaku.
‘kamu nie pekak ke atau buat-buat tak dengar,kan tadi ada arahan suruh budak
yang baru masuk beratur?’jawab mak sambil bermuka masam..
Ayahku tersenyum-senyum kerana melihat mak yang sedang marah..
‘awak nie kenapa?tersenyum-senyum macam kerang busuk’marah mak kepada ayah.
‘alah,salah ke saya senyum?senyumkan sedekah lagi pun saya suka tengok awak marah,Nampak comel’jawab ayah sambil tergelak.
Aku pun turut tergelak melihat mak dan ayahku.Aku memuji mereka,walaupun sudah 30 tahun hidup berumah tangga tetapi mereka masih saling menyayangi antara satu sama lain.Aku bergerak menuju ke kaunter untuk beratur sambil membelek borang-borang yang berada di tanganku.Papp!!!semua borang-borangku berselerak..
‘sorry awak,saya tak perasan tadi,saya nak cepat,mari saya tolong awak’kata seorang lelaki sambil menunjuk rasa bersalah dia.‘awak nie kalau yer pun janganlah main terjah je.’.kata ira sambil memasamkan muka..Habis berselerak borang aku,dah lah nak cepat terus jadi lagi lambat.aku berkata dalam hati sambil menoleh ke arah kaunter yang semakin sesak itu.‘saya minta maaf,lagi sekali’.rasa bersalah lelaki itu semakin menebal sambil menolong ira mengutip borang.‘tak apalah,apa pun terima kasih sebab tolong saya kutip borang ini’aku mengucapkan terima kasih sambil berlalu untuk beratur.
Aku rasa bersalah kerana telah berkasar dengan pemuda itu tadi.aku ingin meminta maaf tetapi apabila aku menoleh ke belakang semula,aku tak nampak lelaki itu,mungkin lelaki itu sudah pergi...aku bertekad apabila aku berjumpa dengan pemuda itu lagi,aku akan meminta maaf kepadanya..setelah selesai berurusan dengan pihak universiti.aku dan mak pergi mencari bilik yang telah disediakan oleh pihak universiti..
‘tok,tok!!!assalammualaikum’,sambil membuka pintu bilik.apabila aku membuka pintu,aku ternampak maz berada di dalam bilik itu.aku terkejut.
‘maz,awak buat apa kat sini’kataku yang masih bingung.
‘ni bilik saya,awak buat apa kat sini??jangan kata awak duduk bilik ini juga’,kata maz.
‘ni bilik saya juga,bermakna kita sama bilik.seronoknye saya dapat sama bilik dengan awak’.kataku sambil tersenyum.aku bersyukur kerana aku dapat sama bilik dengan orang yang aku kenali walaupun baru beberapa jam..semenjak itu,kami berdua sentiasa bersama macam belangkas..