Pages

Wednesday, March 23, 2011

novel rekaanku..(hari yang mendatang)part 2

BAB 3
Pihak Universiti mengadakan orientasi pelajar baru..semua pelajar senior akan mengendalikan kami.Aku dan maz sungguh gembira kerana impian kami tercapai..
Aku dan maz duduk berhampiran dengan pintu dewan utama.Sedang kami berbual-bual,aku perasan ada orang yang melihat kami.aku mencari-cari siapa yang melihat kami.tiba-tiba ‘Allahhuakbar’,aku terkejut.aku menjadi tidak selesa untuk berada di dalam dewan itu tapi malang,pelajar baru dilarang untuk keluar dari dewan itu.kenapa dia ada kat sini.aku bercakap di dalam hati.pemuda itu sedang berdiri di depan pentas seolah-olah menjadi bodyguard.Maz pelik kerana aku tiba-tiba terdiam dan wajahku menjadi pucat..maz bertanya, ‘ira,awak kenapa,awak tak sihat ke?’.‘saya tak apa-apa,awak jangan risau ye’balasku sambil tersenyum walaupun aku tahu senyuman itu tak ikhlas.Acara dijalankan seperti yang dirancangkan..aku melihat ramai junior dan senior lelaki memandangku,aku menjadi tidak selesa.Aku bertanya kepada maz ‘awak,kenapa mereka semua pandang saya,gerunlah saya’..maz tergelak apabila aku kata begitu.. ‘mereka pandang awak sebab awak nie cantik’di dalam hati maz bersyukur kerana mengenali ira yang peramah dan cantik,maz pun memuji kecantikan ira. ‘mane ada awak nie,saya pakai biasa jer,bukan saya dress-up lebih-lebih’sambil memandang dirinya yang hanya memakai baju T-shirt berwarna biru,seluar slack dan bertudung biru lembut.maz hanya tergelak,dia mengakui walaupun syaira hanya memakai baju t-shirt tetapi dia tetap anggun. ‘awak tu pakai apa pun tetap cantik’.kata maz.Muka ira sudah merah macam udang kena bakar.maz masih tergelak dengan gelagat syaira.apabila tiba waktu makan,aku dan maz pergi beratur mengambil makanan,setelah selesai mengambil makanan,kami duduk di tempat kami semula.tiba-tiba datang seorang pemuda mahu berkenalan dengan syaira,syaira hanya menjawab apa yang perlu sahaja kerana syaira sebenarnya tidak selesa berbual apabila tengah makan.maknya selalu nasihatkannya,jangan bercakap apabila tengah makan.maz perasan aku tidak selesa, ‘awak ni pelajar junior ke senior?’maz bertanya kepada pemuda yang bernama zali itu. ‘saya junior,awak berdua?’jawab zali. ‘kami juga junior,saya rasa baik awak duduk di tempat awak semula sebab saya rasa ramai yang memandang sini,nanti tak pasal-pasal nama kami yang tercemar,kononnye kami mengurat awak.kami tak suka di gossipkan,betul tak ira?’tanya maz kepada ira yang sedang mengelamun itu.ira terkejut,dengan cepat dia berkata ‘ya,betul tu’.ira tidak dapat menumpukan perhatian pada maz kerana dia perasan pemuda yang dilanggar tempoh hari masih memandang mereka.setelah mengucapkan selamat tinggal,zali pun beredar dari situ.
Maz bertanya kepada ira ‘awak ni kenapa??dari tadi saya nampak awak asyik mengelamun,kenapa?awak ada masalah ke?tak nak kongsi dengan saya?’. ‘tak ada apa-apa,cuma awak nampak pemuda yang berada berhampiran pentas itu,yang bermata coklat,rmbutnya pendek?’jawab ira sambil menunjukkan pemuda itu kepada maz. ‘nampak.kenapa dengan dia?tapi dia kacak lah.awak ni sempat lagi tilik lelaki tu kan’kata maz sambil tergelak.ira sudah membulatkan mata ‘mana ada,sebenarnya dari tadi saya perasan dia pandang sini.’aku menceritakan perjumpaan pertama aku dengan pemuda itu,setelah mendengar ceritaku,maz tergelak terbahak-bahak. ‘padan muka awak,sapa suruh awak marah dia,kan dia dah anti awak’. ‘saya tak sengaja,saya ingat nak minta maaf,nanti awak temankan saya ye’kata ira sambil menoleh ke arah pentas itu,tapi malang,pemuda itu sudah tiada.ira berasa lega kerana pemuda itu sudah tiada lagi.

No comments: